Saturday, 30 August 2014

Kenali Orang Yang Mencintai Kamu Dalam Diam

Assalamualaikum




Haa. entry kali ni pasal cintan cintun. Maybe agak tak sesuai untuk Diba post entry pasal cinta cinta ni. Kenapa ? Sebab, Diba still pelajar sekolah.

Adakah Diba dilamun cinta ? ehh.. rahsiaa lah. hahaha :D :D okay. tak lawak.

daaaan, tak semua dalam entry ni betul.

AMARAN ! entry kali ni panjang.

1Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.

2Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli ! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.


4Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari, adakah kamu sihat atau tidak.

5Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu.


10Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



Minyak Wangi - tanda dia suka kamu
jam tangan - dia suruh anda mengingati dia selalu
coklat - menunjukkan kamu yang paling manis di matanya

**sekadar suka suka**


13Orang yang mencintai kamu akan gugup atau kaku di hadapan kamu. Kerana, dia tak mampu nak kawal degupan jantungnya.


14Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu. 

15Jika suatu saat kamu ingin keluar bersama rakan, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.

16Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ 

17Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL . Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala


20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu buat buat tak faham. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.




"jangan pergi tinggalkan aku kerana kelemahanku,
jangan mendekati aku saat aku ada kelebihanku."

jangan tersalah pilih cinta ya kawan !

me