Wednesday, 31 December 2014

#2015 wishlist

Assalamualaikum

#2015 wishlist

wahh... hari nii 31 december 2014 ! esok, 1 januari 2015 !

kurang dari 1 jam untuk ke tahun 2015. From now. 2313

and.. I'm one of the SPM candidates. yaaa. SPM.

dahh nampak dahh kain langsir nak tutup tahun 2014. hahahaaaa. merepek.

Tak semua orang buat wishlist untuk tahu baru kan ? I'm one of them. Tapi, kali ni Diba nak buat wish and hope. haaaaa. gempak tak ? heheee~

Wishes and Hope

- I want to be a super duper good girl.
- Diba nak tambah ke"ego"an Diba. 
- Diba nak study awal awal biar tak terkejar kejar time dah dekat exam. Hope so.
- Addmath ! Jadi lah boyfriend Diba ! Hope so too
- I wish 2015 make my life more beautiful. 

Warna warni kehidupan 2014 insyaAllah takkan Diba lupakan. May Allah bless us. Panjang umur diba post entry baru. Assalam.. :)


Tuesday, 16 December 2014

wahai hati

Assalamualaikum


Entry baru ! Entry baru ! Lelong lelong ! [sila ketawa]

and now. Dibaa nak share pasal HATI. yaaa. hati. kenapa hati ? sebab hati kita ada banyak rasa. such happy, sedih, suka duka,terluka, terobek, patah hati semua semua tu.

okay. daripada melayang jauh. Jom jom baca

Diba sebenarnya cuma nak luahkan je apa yang Diba rasa bila dapat tahu crush Diba ada girlfriend dah. Memang sedih laa. Rasa macam 'wow'. kitorang kawan dah lama dah. 4 tahun dah. seriously, dia memang tak kacak. tapi, hati dia kacak, hati dia handsome. Dia pandai jaga hati Diba. Dia je tempat Diba bercerita. and, after 3 years, Diba jadi stalker facebook dia. instagram dia. wechat dia. and... dapat la jawapan nya.

Nak di marah tak boleh. nak di jealous tak boleh. sebab apa ? sebab dia bukan sesiapa Diba. Dia cuma kawan Diba. dan Diba tahu kedudukan Diba. For you all yang alami benda yang sama, jangan lah nak marah marah si dia. dia tak bersalah. dan jangan rosakkan persahabatan korang. biar kan dia. buat buat tak tahu je.

perjalanan hidup korang masih panjang. sama macam Diba. cari lah orang yang lebih baik. yang ada dekat dengan kita bila kita susah. ""Cari orang yang mencintai kamu bukan orang yang kamu cintai"". ayat mavelous.

alhamdulillah. I found a good one. yang sangat sangat hargai Diba. yang jadi diri sendiri dengan Diba. yang selalu sangat buat Diba happy. belum pernah sakiti hati Diba. sangat memahami Diba. dan.. yang ada di samping Diba untuk bangkitkan Diba yang jatuh tersungkur kerana cinta. hahahahaa. and.dia sangat pandai menyorokkan perasaan cemburunya. I know it lah you. thank you wehh. aku bangga dengan kau ! a big clap for you. 

Tapi, kenaa ingat yaa. jangan lah letak kan harapan yang besar untuk dia. nanti frust lah menangis lah itu lah ini lah. sebab, belum tentu dia setia. segala janji manis mungkin akan jadi pahit. be strong kalau korang jatuh kerana manusia. Allah ada sentiasa. ingat tu.

Sekian.

Wednesday, 10 December 2014

Renungan Di Malam Hari

Assalamualaikum

Dibaa copy from facebook. Tersedih pulak baca ceriita ni. Hmm.Jemput yaa.

SEDIH...!SEDIH..!SEDIH..!
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya,


“Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. 

Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya- tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak… Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


Hargai orang tua kita selama dia masih hidup...kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja



JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTI MANA
KITA LUPAKAN IBU BAPA KITA

Friday, 5 December 2014

"Deep !"

Assalamualaikum

Today, I would like to talk about.... Cewaaaah !

Hahaha. tadee lahh. sajaa nak share something nii. 

Nak tahu ? Bacaa lahh dulu.

Macam nii....

Ada laaa satuu hari tu kan, Diba berbual dengan kawan Diba sorang ni. Bukan mengumpat ehh. Bukan mengutuk ehh. Sajaa bual kosong.

Tiba tiba. Dia keluarkan ayat ni "Pretty is not something without brain."

Macam pelik jugak diaa cakap macam tu. Tak pernah pernah nak keluarkan ayat kias kias ni. And, kawan Dibaa yang lagi sorang ni tanya laa, apa maksudnya kan. Pastu, dia senyum jee.

Dia cakap lagi "Talking is nothing without doing"

Yang tu kitorang faham la.Sebab dah selalu dengar

Dia cakap lagi "Don't judge the book by it's cover"

Yang tuu dah terang terangan kitorang faham.

Patu, dia kata "relate kan"

And ? kitorang tak faham apa laa.

Pastu, dia kataa "Aku tak ada maksudkan apa apa laa. Sajaa nak test English."

Haih. Memang betul lah kawan Diba sorang ni.

Thursday, 4 December 2014

Wajah Baru

Assalamualaikum


Wuu yeah !

Lamaa dah tak berblogging. Fuhh. Bersawang. Berhabuk. Banyak labah-labah.

And.. now. blog Diba berwajah baru. On the way mengedit sikit sikit.

Taaapi, Dibaaa dah cubaa nak edit ituu and ini, taapi, tak menjadi pulak. Agaknyaa kurang kesungguhan lahh kot.

I will try my best. Huaa huaaa.

Btw, happy December !

Ajak laa family korang pergi jalan jalan makan angin. Mengeratkan hubungan kekeluargaan tu bagus.

So, that's all.